Friday, 24 April 2015

personal VJ


eL ada tugasan pembetangan.. tapi uniknya, pensyarah minta buat pembentangan itu dalam bentuk video.. katanya kalau video pembentangan.. bila tak jadi masa persentation.. kita boleh re take.. and remake that video.. boleh buat editing.. boleh bagi lebih menarik.. jadi eL sebagai pelajar ismp it rasa bertanggungjawab nak buat video yang berkualiti.. yang ada angle yang cantek.. lalu eL buat keputusan minta abang z0 tolong recordkan guna dslr beliau..

Image result for cameraman

tapi ada sedikit kekangan sepanjang tempoh rakaman.. sebabnya tripod abang z0 dah rosak.. jadi letih sikit nak pegang.. depsite cerewet eL nak begini-gini.. abang z0 lebih cerewet.. yelah.. maybe nanti jatuh pride dia sebagai orang yang minat photography and pernah shoot gambar kahwin.. tak cukup dengan kekangan itu, eL asyik terlupa apa patot eL cakap..

sebabnya kan.. eL dah buat skrip awal2.. cuma tak de kesempatan nak prepare dan ready aje.. seriusly semester kali ini agak padat dan sibuk bagi eL.. berbanding semester lalu.. maklumlah eL ambil 9 subjek tahu semester ini.. memang rasa macam takde life.. apa2 event atau program pon boleh kira sangat apa yang join dan boleh join..  balek kampung.. jangan kata la.. sampai eL pon tak ingat bila eL balek.. walaupun baru je lagi balek.. huhu..


tapi memang such a nice moment lah to spent with abang z0.. walaupun sebenarnya segan.. hak3.. entah lah.. segan sesangat taw.. but eL puas hati.. tinggal nak buat editing je.. then submit.. mudah2an dapat A.. sampai abang z0 pon dah tolong kan..  mestilah kena dapat A.. 

written by AiLee


Sunday, 19 April 2015

kursus kahwin


finally. lepas dah beberapa kali cakap, sembang and fikir2 kan lepas tengok poster2 kursus kahwin yang dianjurkan mpp kolej dan beberapa persatuan lain yang wujud di uni. akhirnya eL and abang z0 capai kata sepakat nak sertai kursus kahwin kali ini. seronok juga rupanya ya kursus kahwin ni.. hihi.. 

memula tu memang macam berat jugak nak join sebab takde member, tapi last2 abang z0 kata kawan sekerja dia nak join juga dengan teman wanita dia.. jadi dapatlah eL kawan baru.. hehehh.. kebetulan pula kami sebaya.. memang tak kekok lah.. diorang pon comel je taw.. sweet2 je..

 


kursus ni dua hari.. semalam lagi dah mula.. buat pertama kali nya eL ponteng kuliah.. sebab fikir2 balek.. takat koko je.. bola jaring tu.. tapi eL ye2 lah pesan dengan roommate eL.. jangan cakap dengan instructor yang eL pergi kursus kahwin.. fasal minggu2 sebelum tu dah pernah ada orang mention orang yang tak hadir tu pergi kursus kahwin.. teruk weii kena perli.. hahahh.. aduduii.. 

written by AiLee


Wednesday, 15 April 2015

tumpang tidur


last time patotnya  eL datang spent time dengan adik2 abang z0 lepas pergi kenduri kawan dia.. tapi tak berpeluang nak ikut sebab abah masok wad.. masa tu memang rasa bersalah sangat lah.. sebab dah janji kan.. nak bawak adek abang z0 pergi ice skate.. tapi tu lah.. kebetulan lah pulak abang z0 pon terlibat dengan sukan.. dan event tu pon habis lambat.. jadi memang totally cancel that plan..

Image result for tidur

walau bagaimana pun kali ni, sampai lagi sekali eL ke rumah abang z0.. sebabnya nak tumpang tidur.. fasal esoknya abang z0 nak bawakkan eL dan kawan ke lokasi ujian kelayakan calon guru.. well.. ekceli ini ujian utk dapat biasiswa under kpm.. tapi mungkin sebab kpm punya biasiswa.. mereka guna cara yang sama menilai pelajar yang nak masok ke ipg.. maknanya perlu ada ujian fizikal dan ujian bertulis…kemudian jika lepas, kena lalui temu duga..

bagi kes eL nie, eL perlu jalani ujian bertulis ataupun ujian insak.. something similar to soalan medsi.. time nak masok upsi..but kena jawab within 45 minit.. ada dua bahagian.. tanda pada kertas omr.. kemudian baru buat ujian fizikal.. disebabkan eL kena ada di lokasi agak awal..thats why abang z0 ajak eL spent night di rumah keluarga dia.. nasib lah juga kawan eL tu pon mahu aje ikot plan tu.. yela.. mana lah taw.. segan, tak mahu.. tak ke buntu eL dan abang z0 nak fikirkan jalan laen.. huhuhh..


eL ingat lagi, masa sebelum nak gerak tu.. eL cakap “maaflah makcik, datang pon sat2 ja.. tumpang2 tidoq lagu ni..” then mak abang z0 kata “ tu laa.. hari tu pelan tak jadi kan..” macam ada nada kecewa di situ.. aduh.. serba salah nya tuhan saja tahu.. apa pun perjalanan diteruskan.. dan bermula lah debaran ukcg di ipg ilmu khas. 

written by AiLee